Niat & Doa Tahajjud Sebelum-Selepas (Rumi & Jawi) Ringkas

Cover Doa Tahajjud Cerdika
Cover Doa Tahajjud Cerdika

Doa tahajjud biasanya di baca selepas selesainya melakukan solat sunat tahajjud dan kita sangat di sunatkan untuk membaca Doa solat sunat tahajjud ini selepas selesai solat sunat tahajud.

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT:

وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً مَّحْمُوْدًا

Maksudnya: “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 

(Surah Isra’; ayat 79)

Solat tahajjud dilakukan 2 rakaat dengan bilangan yang tidak terhad. Kebiasaan solat tahajjud Rasulullah SAW ialah solat 2 rakaat sebanyak 4 kali dan ditutup dengan solat witir sebanyak 3 rakaat. Solat Witir adalah solat sunat yang menjadi penutup solat pada hari itu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” 

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Memandangkan keistimewaan solat tahajjud, adalah lebih baik sebagai seorang Muslim untuk melengkapkannya dengan solat dan zikir. Di samping itu, memahami maksud dalam setiap doa solat tahajjud, akan menambah kesungguhan dalam ibadah.

Oleh itu dalam artikel ini kami akan berkongsi dengan anda doa solat tahajjud, bermula dari doa sebelum solat tahajjud hingga doa selepas solat tahajjud, lengkap dengan tulisan doa tahajjud rumi untuk memudahkan anda saat membacanya.
seperti berikut:

Doa Sebelum Solat Tahajjud

Sebelum anda menunaikan solat tahajjud, lebih baik jika anda membaca doa tahajjud seperti berikut:

لاَاِلهَ إِلاَّأَنْتَ سُبْحَانَك،اَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِي وَاَسْأَلُكَ رَحْمَتَكَ

La ilaha illa anta subhaanaka, astaghfiruka lidzambii wa as aluka rahmataka

اَللَّهُمَ زِدْنِيْ عِلْماً وَلاَتُزِغْ قَلْبِيْ بَعْدَ اِذْهَدَ يْتَنِيْ وَهَبْ لِيْ مِنْ لَدُنْكَ

Allahuma zidnii ‘ilmaan wala tuzigh qalbii ba’da idzhadaitanii wahablii min ladunnka

رَحْمةًاِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ اَحْيَانِيْ َبَعْدَمَا اَمَاتَنِىْ وَاِلَيهِ النُّشُوْرِ

Rahmataan innaka antalwahaab, alhamdulillahi lladzii ahyaana ba’damaa amaa tanii wailaihi nnusyur

وَصَلّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للَّهِ رَبَّ الْعَلَمِيْنَ

Washolawallahu a’laa sayyidina muhammadin waa’la aalihi washohbihi wasallama wallhamdulillahi rabbil a’lamiin

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.”


Doa Solat Sunat Tahajjud

Dalam melaksanakan solat tahajud terdapat beberapa doa yang boleh anda tunaikan supaya solat anda lebih afdal, kami akan berkongsi lengkap dengan doa tahajjud dan maksudnya.
oleh itu kami akan membimbing anda untuk melakukan solat tahajjud dari awal, untuk perbincangan di bawah.

Selepas membaca doa sebelum solat tahajjud di atas, baca niat solat tahajjud berikut:

  • Niat Solat Tahajud

اُصَلِّى سُنَّةً التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ ِللهِ تَعَالَى

“Ushallii sunnatan tahajjudi rak’ataini mustaqbilal qiblati lillahi ta’alla.”

Maksudnya: Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

  • Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)

Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.

(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

  • Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

Doa Sujud Akhir Tahajjud

رَبِّ اَدْخِلْنِيْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِيْ مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنْكَ سُلْطَانًانَّصِيرًا

Rabbi adkhilnii mudkhola shidqin wa akhrijnii mukhraja shidqin waaj’allii min lladunka sulthoonaannashiiraan

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku kedalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisi-mu hujah keturunan serta kekuasaan yang menolongku”

Kemudian sambung baca doa selepas solat Tahajud berikut:


Doa Selepas Solat Tahajud

Selepas solat tahajud, kemudian bacalah unic doa tahajjud. Berikut adalah doa selepas solat tahajud iaitu doa Nabi (SAW) seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Doa Selepas Solat Tahajud

اَللهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ

Allâhumma rabbana lakal hamdu. Anta qayyimus samâwâti wal ardhi wa man fî hinna.

وَلَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ واْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ

Wa lakal hamdu anta malikus samâwâti wal ardhi wa man fî hinna.

وَلَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ

Wa lakal hamdu anta nûrus samâwâti wal ardhi wa man fî hinna

وَلَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاءُكَ حَقٌّ

Wa lakal hamdu antal haq. Wa wa’dukal haq. Wa liqâ’uka haq.

وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ

Wa qauluka haq. Wal jannatu haq. Wan nâru haq. Wan nabiyyûna haq.

وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ

Wa Muhammadun shallallâhu alaihi wasallama haq. Was sâ’atu haq.

اَللهُمَّ لَكَ اَسْلَمْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاِلَيْكَ

Allâhumma laka aslamtu. Wa bika âmantu. Wa alaika tawakkaltu. Wa ilaika

اَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَاِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْلِيْ مَاقَدَّمْتُ

anabtu. Wa bika khâshamtu. Wa ilaika hâkamtu. Fagfirlî mâ qaddamtu,

وَمَا اَخَّرْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَمَا اَعْلَنْتُ وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ

wa mâ akhkhartu, wa mâ asrartu, wa mâ a’lantu, wa mâ anta a’lamu bihi minnî.

اَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَاَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ

Antal muqaddimu wa antal mu’akhkhiru. Lâ ilâha illâ anta.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ

Wa lâ haula, wa lâ quwwata illâ billâh.

Maksudnya: Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

Rasulullah SAW bersabda:

kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit

Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A

Solat malam adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment