Doa Nabi Yunus Rumi, Maksud, Khasiat (Ringkas)

Cover Doa Nabi Yunus Cerdika
Cover Doa Nabi Yunus Cerdika

Zikir doa nabi yunus sebanyak 40 kali ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana.

Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. 

Kerana peringatan ini juga, Allah S.W.T menyelamatkannya, yang akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya.

Di sini kami akan berkongsi dengan anda panduan lengkap Doa Nabi Yunus, serta dipermudahkan dengan tulisan Rumi dan juga bantuan audio.

Selain itu saya juga turut menyertakan hadis-hadis berkaitan, dan kelebihan mengamal doa ini.

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

Berikut adalah doa nabi yunus untuk hajat dan bebas daripada semua kesukaran yang Nabi Yunus baca tanpa henti ketika di perut ikan paus, sehingga Allah SWT menyelamatkannya;

Doa Nabi Yunus

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Bagi anda yang tidak begitu biasa dengan tulisan Arab berikut yang kami kongsi bacaan nabi yunus doa dengan bacaan rumi, seperti berikut :

Doa Nabi Yunus Rumi

Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin


Maksud Doa Nabi Yunus

Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

(Surah al-Anbiya ayat 87)

Doa Nabi Yunus adalah doa yang sering dibaca oleh para ulama. Ada yang membaca doa nabi yunus untuk mudah bersalin, ada juga yang membaca doa ini 40 kali selepas solat subuh tanpa berbuka. Ada juga yang setiap hari berzikir dan membaca doa ini sebanyak 1000 kali sebagai memohon rahmat dan ketentuan di akhirat.


Kelebihan Doa Nabi Yunus

kelebihan doa nabi yunus

Adapun kelebihan dan manfaat doa nabi yunus ketika kita mengamlakannya sebaik mungkin, ialah seperti berikut;

1. Dimakbulkan Doa & Permintaan

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”

(HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

2. Doa Yang Terbaik

Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar.

Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini.

Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba.

Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah.


Khasiat Doa Nabi Yunus

khasiat doa nabi yunus

Selain mempunyai kelebihan dan keistimewaan, doa Nabi Yunus juga diketahui sangat dijabah oleh Allah SWT. Nabi mendedahkan betapa hebatnya doa Nabi Yunus ketika dalam kesusahan, dalam kata-katanya yang dibaca seperti berikut.

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya:

“Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: “Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin”. (Artinya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau (ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di antara orang-orang yang berbuat zalim/aniaya). Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya.” (H.R. At-Tirmidzi).

Kemudian dalam riwayat al-Hakim dari Sa’ad bin Abi Waqash disebutkan bila membaca 40 kali doa Nabi Yunus suruh al anbiya ayat 87 ketika sakit, lalu kemudian dia meninggal, maka dia akan mendapatkan pahala orang yang meninggal syahid.


Bagaimanapun, satu ibadat yang tidak pernah ditinggalkan Nabi Yunus ketika menghadapi saat-saat sukar serta berada dalam suasana gelap gelita di dalam perut ikan Nun itu adalah zikir.

Justeru, amalkanlah zikir ini jika anda ditimpa masalah atau bencana, dan jadikanlah amalan agar diri sentiasa terpelihara daripada bencana.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment