Doa Ibu Bapa Rumi (Berseorangan & Beramai)

Cover Doa Ibu Bapa Cerdika
Cover Doa Ibu Bapa Cerdika

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan doa kepada ibu bapa, Ibu bapa adalah insan yang paling dekat serta paling banyak berkorban untuk kehidupan kita. Tanpa mereka, siapalah kita.

Seorang ibu sanggup menanggung risiko nyawa dan sakit untuk melahirkan anak di muka bumi. Manakala seorang ayah pula bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan anak-anaknya serta mendidik anak-anak sehingga berjaya.

Oleh itu, kita dikehendaki berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan ini adalah kewajipan yang mesti dilakukan oleh anak-anak mereka.

Justeru itu, Islam sangat memandang serius tentang hukum berkaitan hubungan anak dengan ibu bapa. Kita diperintahkan untuk sentiasa bersopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa sertan berbuat kebaikan terhadap kedua ibu bapa.

Oleh itu, sebagai seorang anak yang soleh kita haruslah sentiasa mendoakan kepada kedua-dua ibu bapa yang sudah banyak berkorban untuk kita. Tambahan pula doa seorang anak yang soleh adalah amalan pahala yang tidak akan terputus walaupun mereka sudah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah SAW:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 

[Riwayat Muslim (1631)]

Berikut  bacaan doa kepada ibu bapa berserta lafaz dalam teks arab dan rumi bagi memudahkan anda.lafaz doa yang boleh anda ikuti antaranya adalah:

Doa Untuk Kedua Ibu Bapa ketika Berseorangan

Berikut adalah sebahagian doa yang terdapat di dalam beberapa ayat di dalam al-Quran berkaitan dengan kedua ibubapa.

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

[Surah Ibrahim: 41]

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” 

[Surah Al-Isra’: 24]

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.”

[Surah Nuh: 28]

1. Lafaz Doa Kepada Ibu bapa Yang Dibaca Kepada Dirinya Dan Kedua Ibu Bapanya

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

2. Lafaz Doa Untuk Ibu bapa Yang Dibaca Kepada Dirinya, Kedua Ibubapanya, dan Datuk Nenak

Untuk lafaz doa yang ketiga ini sama seperti lafaz yang kedua iaitu mendoakan untuk ramai. Tetapi bezanya adalah pada lafaz “وَلِوَالِدِيْنَا” dibaca dengan baris bawah dan bukannya dengan baris atas “وَلِوَالِدَيْنَا” sepertimana di dalam lafaz yang kedua.

Inilah doanya lafadz:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

3. Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ

Allāhummaghfir lil muslimīna wal muslimāt, wal mukminīna wal mukmināt, al-ahyā’i minhum wal amwāt,

مِنْ مَشَارِقِ الْاَرْضِ إِلَى مَغَارِبِهَا بَرِّهَا وَبَحْرِهَا، خُصُوْصًا إِلَى

min masyāriqil ardhi ilā maghāribihā, barrihā wa bahrihā, khushūshan ilā

آبَاءِنَا وَاُمَّهَاتِنَا وَأَجْدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا وَأَسَاتِذَتِنَا

ābā’inā, wa ummahātinā, wa ajdādinā, wa jaddārinā, wa asātidzatinā

وَمُعَلِّمِيْنَا وَلِمَنْ أَحْسَنَ إِلَيْنَا وَلِأَصْحَابِ الحُقُوْقِ عَلَيْنَا

wa mu’allimīnā, wa li man ahsana ilainā, wa li ashhābil huquqi ‘alaynā.

“Ya Allah, ampunilah mukminin, mukminat, muslimin, muslimat, yang masih hidup, yang telah wafat, yang tersebar dari timur hingga barat, di darat dan di laut, khususnya bapak, ibu, kakek, nenek, ustadz, guru, mereka yang telah berbuat baik terhadap kami, dan mereka yang masih memiliki hak terhadap kami.”

Bagi anda yang tidak memahami tulisan arab, untuk memudahkan anda melihat doa untuk ibu bapa dengan ejaan rumi di bawah


Doa Ibu Bapa Ketika Beramai-ramai

Berikut pula adalah doa untuk ibubapa yang dibaca ketika beramai-ramai:

Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayana soghira

Maksud doa untuk ibubapa: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Tiba masa untuk kita pula berbakti kepada mereka dengan sebaik-baiknya. Allah berfirman di dalam Surah Luqman ayat 14:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

QS. Luqman ayat 14:

Bagi seseorang yang ingin mendoakan kepada ibubapanya boleh lah memilih lafaz mana yang sesuai untuk berdoa. Sebagai seorang anak yang soleh jangan lah kita lupa untuk berdoa kepada kedua ibubapa kita walaupun mereka sudah tiada.

Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?

Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai doa untuk ibu bapa

Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment