Doa Taubat Nasuha Rumi & Jawi (Ringkas)

Cover Doa Taubat Cerdika
Cover Doa Taubat Cerdika

Doa selepas solat taubat boleh dibaca selepas melaksanakannya. Dengan hararapan, doa taubat ini dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Allah SWT berfirman;

وَ تُوۡبُوۡۤا اِلَی اللّٰہِ جَمِیۡعًا اَیُّہَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَ لَعَلَّکُمۡ تُفۡلِحُوۡنَ

Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.”

Jadi bagaimana Doa Taubat yang boleh kita amalkan?

Ini adalah panduan lengkap untuk doa taubat nasuha.

Panduan Doa Solat Sunat Taubat ini juga dipermudahkan dengan ejaan Rumi dan juga audio untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Doa Taubat Nasuha

Berikut di sini kami berkongsi doa taubat rumi dan jawi. Antara doa taubat ringkas yang boleh dibaca adalah seperti berikut:

Doa Taubat Nasuha

doa taubat nasuha jawi

Doa Taubat Rumi

“Allahumma inni Zholamtu Nafsi Zull-man Katsiran Walaa Yagh-Firu ZunuuBa illa Anta, Fagh-firli Min indika Magfirotan innaka Antal Rgho-fuu Rur-rahim.”

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”


Doa Selepas Solat Taubat

Selepas anda selesai menunaikan solat taubat, zikir solat taubat, dan membaca doa taubat untuk diri sendiri, maka lakukanlah sujud dengan membaca Sayyidul Istighfar:

sayyidul istighfar

Sayyidul Istighfar Rumi

“Allaahumma Annta Rabbii Laa iLaaHa ilLaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Maas-Tatha-Tu ‘A-Uudzu-Bika Min Syarrimaa Sona’-tu, Abuu-U-Laka Bini’matika Alayya, Wa Abuu-U BiDzanmmBi, Fagh-Fir-Lii Fa-innahu Laa Yagh-Firudz-DzunuuBa ilLaa Annta.”

Maksudnya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.”


Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

InsyaAllah, setiap dosa-dosa kita, kecil atau besar, pasti akan diampunkan oleh Allah.

Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dan doa taubat dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat.

InsyaaAllah.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

1 thought on “Doa Taubat Nasuha Rumi & Jawi (Ringkas)”

Leave a Comment