Doa Solat Hajat Rumi & Maksud (Ringkas)

Cover Doa Solat Hajat Cerdika
Cover Doa Solat Hajat Cerdika

Doa solat sunat hajat adalah doa yang disyorkan kita amalkan selepas menunaikan Solat Hajat.

Solat Hajat adalah salah satu jenis solat sunat yang didirikan apabila kita ingin memohon sesuatu hajat daripada Allah. Hajat tersebut tidak kira sama ada ingin memohon kebaikan ataupun menolak sebarang keburukan.

Bagaimanakah Doa selepas solat hajat?

Nah kali ini, kami akan berkongsi dengan anda Doa Selepas Solat Hajat yang dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca skrip tulisan arab.

Sekiranya anda memerlukan doa solat hajat ini, mari kita lihat penjelasan di bawah;

Doa Solat Hajat Yang Mustajab

Selepas salam dalam Sholat Hajat, bacalah doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.

Boleh guna bahasa Melayu atau bahasa yang difahami, atau mengikut isi hati sendiri. InsyaaAllah Allah Maha Memahami segala isi hati.

Jika buntu, anda boleh berdoa sebagaimana doa berikut:

Doa solat hajat ringkas

Doa Solat Hajat Jawi

doa solat hajat jawi 1

Doa Selepas Solat Hajat Rumi

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu.”

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.


Doa Selepas Solat Hajat

Di samping doa solat hajat di atas anda juga boleh mengamalkan doa selepas solat hajat seperti berikut;

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الحَلِيْمُ الكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ العَرْشِ العَظِيْم ، الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ، أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ، وَالغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، لَا تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ ، وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ ، وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Doa Selepas Solat Hajat Bacaan Rumi

La ilaha illallah hul hâliimul kariim. Subhânallahhi rabbil ‘arsyil  ‘azhîm. Alhâmdulillaahi rabbil ‘âlamîn. As’aluka muujibaati rahmatik,

wa ‘azzaa ima maghfiratik, wal ghanîmata min kulli birrin, was salaamata min kulli itsmin.

La tada‘ lî dzanmban illaa ghafartah, wa laa hamman illaa farrajtah, wa laa haajatan hiya laka ridhan illaa qadhaitahaa ya arhamar raahimîn.”

Maksudnya:

“Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Lembut serta Maha Mulia. Maha suci Allah, yang menjaga Arasy agung. Segala puji bagi Allah, bagi Tuhan alam semesta. Aku meminta kepada Engkau bimbingan amal sesuai dengan Rahmat-Mu, ketetapan ampunan Engkau kesempatan meraih sebanyak kebaikan, serta perlindungan dari segala dosa. 

Jangan Engkau membiarkan satu dosa tersisa dariku, Namun ampunilah. Jangan Engkau tinggalkan aku dalam keadaan bimbang, karenanya bebaskanlah diriku. Jangan juga Engkau telantarkan aku yang sedang berhajat sesuai ridha-Mu karena itu penuhilah hajatku. Ya Allah ya Tuhan yang maha pengasih”.


Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?

Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai doa selepas Sholat Hajat.

Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment