Bacaan Doa Orang Teraniaya dan Difitnah

Cover Doa Orang Teraniaya2 Cerdika
Cover Doa Orang Teraniaya2 Cerdika

Maksud doa orang yang teraniaya adalah dengan memohon kepada Allah SWT supaya orang yang menyakiti, menganiaya, atau mengkhianati dapat diampunkan dosa-dosanya dan membuka hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.

Di sini kami berkongsi dengan anda panduan doa untuk orang teraniaya

Panduan bacaan doa orang teraniaya ini juga lengkap dengan hadits dan dalil doa orang teraniaya yang dipermudahkan dengan bacaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Mari kita mulakan seperti berikut:

Zalim Adalah

zalim adalah

Dalam , aniaya atau zalim merupakan suatu perbuatan yang tercela dan sangat dimurkai oleh Allah SWT. Allah akan memberikan balasan teramat pedih bagi orang yang berbuat zalim.

Zalim berarti celaka. Secara istilah, zalim dapat dimaknai sebagai perbuatan aniaya atau mencelakakan orang lain dengan menggunakan cara-cara yang tidak sesuai dengan syariat Islam.

Zalim juga dapat didefinisikan sebagai perbuatan terlarang yang tidak sesuai dengan tempatnya. Jadi, zalim atau menzalimi yang ditujukan untuk orang lain maupun diri sendiri dengan tujuan apapun, tidak dibenarkan dalam Islam.

Apabila seseorang merasa teraniaya, disyorkan untuk membaca doa orang teraniaya dan difitnah. Kerana, dahsyatnya doa orang yang teraniaya adalah salah satu doa yang dijabah oleh Allah SWT.


Hadits Doa Orang Teraniaya

hadist doa orang teraniaya 1

Tiga perkara yang perlu kita bimbang berlaku ke atas diri apabila terkena doa orang yang kita aniaya, fitnah dan zaliminya. Ini kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan oleh Allah SWT.

Salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas pernah berdoa kepada Allah SWT supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya:

“Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, bangun memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana.” 

(Hadis Riwayat Bukhari)

Allah SWT memperkenankan doa Saad bin Abi Waqqas itu. Perawi hadis berkenaan mengatakan, selepas berpuluh tahun, beliau sampai di Kufah. Di sana beliau mendapati di tepi jalan ada seorang lelaki yang cukup tua.

Dikatakan mengenai diri lelaki itu kelopak matanya jatuh manakala bulu mata dan kening semuanya sudah gugur. Dia hidup dalam keadaan sangat terhina duduk di tepi jalan sambil mengangkat tangan untuk meminta sedekah.

Ada anak muda yang seusia dengan cicitnya turut diganggu. Perawi hadis itu bertanya,

“Wahai orang tua, sebab apa kamu jadi terhina seperti ini? Sedangkan orang tua sama usia dengan kamu berada di masjid beribadat kepada Allah, tetapi kamu duduk tepi jalan meminta sedekah dan mengganggu anak-anak perempuan seusia dengan cicit kamu.”

Lelaki itu berkata,

“Aku jadi begini kerana aku terkena doa orang yang difitnah. Dulu aku memfitnah sahabat Nabi bernama Saad bin Abi Waqqas. Dia berdoa kepada Allah, maka hari ini kamu melihat aku dihina sebegini kerana doa Saad bin Abi Waqqas.”

Riwayat itu membuktikan doa orang yang dizalimi dibenarkan syarak. Justeru, hidup di dunia ini jangan sesekali kita cuba menganiaya orang lain. Malah, Allah SWT sebagai Tuhan pun mengharamkan Dia melakukan kezaliman.


Dalil Keutamaan Doa Orang Teraniaya

Dalil Keutamaan Doa Orang Teraniaya

Berikut Dalil Keutamaan Doa Orang Teraniaya:

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الأرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلا مَا تَذَكَّرُونَ

“Amman yujiibul mudhtharra idzaa da’aahu wayaksyifussuu-a wayaj’alukum khulafaa-al ardhi ailahun ma’allahi qaliilaa maa tadzakkaruun(a).”

(QS. An Naml: 62).

Maksudnya: “Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan, apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan, dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?. Apakah di samping Allah ada ilah (yang lain)?. Amat sedikitlah kamu mengingat-ingat(-Nya).”

Manakala doa-doa yang boleh ditujukan kepada orang yang telah menyakiti dan menganiaya berdasarkan hadis shahih adalah:

وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الله حِجَابٌ

“Wataqida’ watalmadh ‘aumi gainnahu laysabaynahaa qa baynallaha khijaabu.”

Maksudnya: “Dan berhati-hatilah dengan doa orang-orang yang dianiaya, kerana tidak ada halangan antara doanya dan Tuhan.” (H.R. Bukhori dan Muslim).

Ingatlah, doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa saja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan.


Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?

Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai Doa Orang Teraniaya.

Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

1 thought on “Bacaan Doa Orang Teraniaya dan Difitnah”

Leave a Comment