Doa Masuk dan Keluar Tandas (Rumi & Jawi Ringkas)

Cover Doa Masuk dan Keluar Tandas Cerdika
Cover Doa Masuk dan Keluar Tandas Cerdika

Membaca doa masuk tandas dan doa keluar tandas adalah usaha kita untuk memohon perlindungan daripada Allah daripada gangguan syaitan. Doa ini adalah bacaan ringkas dan sesuai diamalkan oleh semua lapisan umur. Di harapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sidang pembaca semua.

Tandas bukan sahaja tempat yang selalu dicari oleh manusia apabila hendak membuang hajat samada hendak membuang air kecil atau air besar, tetapi ia juga merupakan tempat yang didiami oleh syaitan dan konco-konconya. Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menjaga adab ke tandas samada sebelum, semasa dan juga selepas keluar daripada tandas.

Bagaimana doa masuk tandas dan keluar tandas?

Panduan ini akan menunjukkan adab masuk tandas, doa masuk tandas dan keluar tandas dengan bantuan ejaan rumi.

Semoga membantu anda yang sedang belajar berdoa.

Doa Masuk Tandas Rumi dan Jawi

Untuk memudahkan anda ketika membacanya, kami juga berkongsi doa masuk tandas yang lengkap dengan bacaan rumi dan jawi. seperti berikut:

اَللّٰهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَآئِثِ

Allahumma innii aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith

Maksud :

“Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”

Doa di atas dibaca apabila masuk ke bilik mandi dengan kaki kiri terlebih dahulu, doa dibaca supaya kita mengelakkan godaan syaitan lelaki dan perempuan, apabila kita berada di dalam membuang hajat.


Doa Keluar Tandas Rumi & Jawi

Saat kita hendak keluar tandas, ada baiknya kita membaca doa keluar tandas dan meletakkan kaki kanan terlebih dahulu, berikut bacaan doanya lengkap dengan bacaan rumi dan maksud doa keluar tandas;

Doa keluar tandas jawi dan rumi

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنِّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ

Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii. “

Maksud doa keluar tandas:

Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”

Doa di atas dibaca apabila keluar dari tandas atau bilik mandi dengan kaki kanan terlebih dahulu. Sebagai rasa syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang kita dapat, yang telah menghilangkan kotoran yang ada pada tubuh kita, dan supaya ia bebas daripada kotoran atau sumber penyakit di dalam tandas.


Adab Masuk Dan Keluar Tandas

adab masuk dan keluar tandas 1

Islam adalah agama yang mengatur semua aspek kehidupan manusia tanpa berkecuali, sehingga seorang akan merasa kagum dalam hatinya ketika melihat keindahan dan cantiknya ajaran Islam.

Islam mengajarkan kaum Muslimin hidup di atas kesucian dan kebersihan, tidak seperti apa yang dituduhkan oleh orang-orang kafir dan orang-orang munafik di zaman sekarang, bahawa Islam itu agama pengotorr dan tidak menjaga kebersihan.

Di antara adab ke tandas ialah berikut :

1. Membaca doa sebelum masuk tandas

Diriwayatkan daripada Abdul ‘Aziz bin Suhaib yang berkata, aku mendengar Anas berkata, jika Nabi S.A.W masuk ke dalam tandas, maka baginda berdoa:

اَللّٰهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَآئِثِ

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan. (Riwayat Bukhari)

Kita sangat digalakkan untuk  membaca doa ini kerana ia merupakan doa yang diamalkan oleh nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, doa ini juga adalah untuk menghindarkan diri daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

2. Memastikan kepala ditutup dengan kain atau sebagainya

Amalan menutup kepala dengan kain ini berdasarkan athar yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi Rahimahullah:

رُوِىَ فِى تَغْطِيَةِ الرَّأْسِ عِنْدَ دُخُولِ الْخَلاَءِ عَنْ أَبِى بَكْرٍ الصِّدِّيقِ ، وَهُوَ عَنْهُ صَحِيحٌ

Maksudnya: Diriwayatkan pada perbuatan menutup kepala ketika masuk ke dalam tandas daripada Abu Bakr al-Siddiq dan perkara ini sahih daripada beliau.  ( Sunan al-Kubra, al-Baihaqi (1/96) ).

Walaupun perbuatan menutup kepala ini tiada diriwayatkan di dalam mana-mana hadis yang sahih, tetapi ia merupakan amalan yang sangat dituntut kerana amalan para sahabat adalah perkara yang digalakkan untuk kita mengamalkannya.

3. Masuk dengan kaki kiri

Kita digalakkan untuk memasuki tandas dengan meletakkan kaki kiri terlebih dahulu, sebagaimana hadis berikut;

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْيُمْنَى لِطُهُورِهِ وَطَعَامِهِ وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلاَئِهِ وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى

Maksudnya : “Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata bahawa tangan kanan Rasulullah ﷺ dipergunakan dalam bersuci dan makan. Adapun tangan kiri, digunakan untuk membersihkan bekas kotoran dari buang hajat dan perkara-perkara yang najis (najis).” (Sunan Abu Daud) ‏

Berdasarkan hadis ini kita faham bahawa Rasulullah menggunakan anggota tubuh badan yang kiri bagi perkara – perkara yang melibatkan kekotoran dan masuk tandas dengan mendahulukan kaki kiri adalah salah satu daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya setiap sunnah baginda mempunyai hikmah yang tersembunyi.

4. Tidak membawa perkara yang dilarang

Barang-barang yang mengandungi nama-nama Allah atau seumpama dengannya adalah barang yang harus dijaga kehormatannya, jadi kita dilarang sama sekali untuk membawanya masuk ke dalam tandas kerana tandas merupakan tempat yang kotor.

5. Memakai selipar atau apa-apa alas kaki

Memakai selipar apabila berada di dalam tandas menjadi keperluan bagi kita kerana lantai tandas yang kotor boleh menyebabkan kaki kita terkena najis secara tidak sengaja. Oleh sebab itu, kita mestilah menyediakan selipar di dalam tandas untuk mengelakkan kita dari mengotorkan kawasan yang lain di dalam rumah tanpa sedar apabila keluar dari tandas nanti.

6. Menggunakan air dengan sebaiknya

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ  وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan dan adalah syaitan itu sangat mengingkari akan TuhanNya”  ( Surah al-Israk , ayat 27 )

Oleh itu, kita hendaklah berjimat cermat dan menggunakan air dengan sebaiknya. Sebahagian daripada kita mungkin memandang hal ini secara enteng tetapi tanpa kita sedar adab yang dianggap remeh ini sebenarnya telah menghalang kita daripada melakukan pembaziran.

7. Keluar dengan kaki kanan

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ‏.‏

Maksudnya : “Daripada Aisyah Radiallahu’anha berkata, Rasulullah S.A.W sangat menyukai mendahulukan yang kanan ketika memakai sandal, ketika menyisir rambut dan ketika bersuci, juga dalam setiap perkara yang baik-baik”  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menceritakan kepada kita bahawa Rasulullah S.A.W sentiasa mendahulukan yang kanan dalam perkara yang baik-baik. Kenapakah keluar daripada tandas dikategorikan sebagai perbuatan yang baik? 

Ini kerana kita disuruh untuk menyelesaikan urusan kita dalam tandas dengan secepat mungkin. Perbuatan seperti menyanyi didalam  tandas adalah tidak digalakkan kerana ia merupakan salah satu tipu daya untuk manusia lalai dalam mengingati Allah ketika berada di dalam tandas.

8. Membaca doa keluar tandas

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنِّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ

Maksud doa keluar tandas: “Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”

Doa ini ialah doa yang sering dibaca ketika keluar daripada tandas. Tahukah kita doa ini sebenarnya terdiri daripada hadis yang sahih dan juga dhoif?

عَنْ عَائِشَةَ، رضى الله عنها قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلاَءِ قَالَ ‏ “‏غُفْرَانَكَ”

Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha  berkata, sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W apabila baginda keluar daripada tandas, baginda berkata “Aku memohon keampunan Mu (Ya Allah)” (Jami` at-Tirmidhi)

Ini adalah hadis sahih dan Rasulullah S.A.W selalu membaca doa ini ketika keluar daripada tandas. Manakala doa sambungannya pula terdiri daripada hadis yang dhoif.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلاَءِ قَالَ ‏ “‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الأَذَى وَعَافَانِي ‏”‏

Daripada Anas Ibnu Malik, berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W apabila keluar daripada tandas baginda menyebut “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku.” ( Sunan Ibnu Majah )

Walaupun hadis ini berstatus dhoif, tetapi kita mengambil kira pandangan para ulama yang berpegang bahawa hadis dhoif juga boleh diamalkan di dalam bab fadhail al-a’mal (fadhilat-fadhilat amalan).


Adab-adab yang disebutkan di atas hanyalah sebahagian daripada adab-adab yang perlu dilakukan sebagai seorang muslim.

Berikut perkongsian doa sebelum masuk tandas, doa keluar tandas dan adab masuk tandas. Boleh dijadikan rujukan dan amalan kita semua. Tandas adalah tempat yang kotor. Syaitan menyukai tempat yang kotor dan sebab itulah kita perlu membaca doa untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan ketika masuk ke tandas, dan menjaga aadab walau dimana sahaja kita berada, insya-Allah. Semoga usaha kita dalam menjaga sekecil-kecil adab ini akan menjadikan akhlak kita lebih terjaga.

Penulis mendoakan agar sidang pembaca sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa berada dalam perlingan Allah SWT. Mudah-mudahan Insyaallah.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment