Doa Hari Arafah (Rumi, Jawi & Maksud)

Cover Doa Hari arafah Cerdika
Cover Doa Hari arafah Cerdika

Hari Arafat adalah gambar Padang Masyhar yang semua makhluk berkumpul sebelum pergi ke syurga atau neraka untuk manusia merenung akhirat.

Ia antara hari yang dimuliakan dan di sisi Allah.

Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan ketika itu suasana perhambaan amat jelas kelihatan.

Ini kerana ketika wukuf jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.

Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab doa di hari arafah dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Dalam artikel ini kami akan berkongsi dengan anda doa yang disunatkan dan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Arafah ini.

Mari kita mulakan . . .

Hadits Doa Hari Arafah

Hadist doa hari arafah

Berikut adalah beberapa hadis sahih mengenai Hari Arafah, antaranya ialah:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير

Maksudnya:

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”

(Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Waktu Mustajab Doa Hari Arafah

waktu mustajab doa hari arafah

Umat Islam disunatkan membaca Doa Hari Arafah walau di mana pun mereka berada.

Salah satu waktu doa dimakbulkan Allah SWT adalah di Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

Bagi anda yang ingin mengamalkan bacaan doa hari arafa ini, berikut iaitu waktu doa mustajab hari arafah:

Waktunya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.

Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.

HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani

Doa Mustajab Hari Arafah

doa mustajab hari arafah

Doa Hari Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

Untuk memudahkan anda, kami akan berkongsi doa khusus hari arafah lengkap dengan doa hari arafah jawi dan rumi.

Anda boleh berdoa dalam bahasa apa pun seperti doa hari arafah di malaysia biasanya menggunakan doa hari arafah dalam bahasa melayu, karena sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui.

Antara sebaik baik doa hari arafah yang dianjurkan adalah:

Doa hari arafah jawi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Hamdan Yuwaafi Ni’amahu Wa Yukaafi-u Mazidah, Ya Rabbana Lakal-hamdu Kama Yanbaghi Lijalaali Wajhika Wa ‘Azhiimii Sulthonik, Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

doa hari arafah 2

Allahumma Rabbana Zolamna Anfusana Wa In Lam Taghfirlana Wa Tarhamna Lanakuunanna Minal-khasiriin. Allahummaghfirlana Zunuubana Wa Tub ‘Alaina Taubatan Nasuuha. Allahumma Anta Robbuna Farzuqna-istiqamah.

doa hari arafah 3

Allahumma Inni As-aluka Minal-khairi Kullihi ‘Ajilihi wa Aajilihi Ma ‘Alimtu Minhu Wa Ma Lam A’lam.

doa hari arafah 4

Allahumma Inni As-aluka Min Khairi Ma Sa-a-laka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Wa A’uzubika Min Syarri Mas-ta’Aazaka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Allahumma Inni As-alukal-jannah, Wa Ma Qarraba Ilaihi Min Qaulin Wa ‘Amalin, Wa As-aluka An Taj’alaka Kulla Qadha-in Qadhaitahu Lana Khaira.

doa hari arafah 4 1

Allahumma Inni As-aluka Min Khairi Ma Sa-a-laka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Wa A’uzubika Min Syarri Mas-ta’Aazaka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Allahumma Inni As-alukal-jannah, Wa Ma Qarraba Ilaihi Min Qaulin Wa ‘Amalin, Wa As-aluka An Taj’alaka Kulla Qadha-in Qadhaitahu Lana Khaira.

doa arafah 5

Allahumman-qulni Min Zillil-ma’siyyati ila ‘Izzit-tho’ati, Wakfini BihaLaaLika ‘An Haramik, Waghnini Bifadhlika ‘Amman Siwaak, Wa Nawwir Qalbi Wa Qabri, Wahfazni Minasy-syarri Kulih, Wajma’ Liyal-khaira Kullah, Innaka ‘ala Kulli Syai-in Qadiir, Allahumma Inni As-alukal-huda Wat tuqa Wal-‘afaaFa Wal-ghina, Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatika 

doa arafah

Astaghist, Asih Li Syakni Kullah, Wa Jannibnil-‘usra Warzuqni Tho’ataka Ma Abqaitani, Allahumma Aslih Li Diinil-lazi huwa ‘Ismatu Amri, Wa Asih Li DunyaaYal-lati Fiiha Ma’Aasyi, Wa Aslih Li Aakhiratiyal-ati Ilaiha Ma’Aadi, Waj’alil-hayaata Zaiyaadatan Li Fi Kulli Khairin, Waj’alil-mauta RaaHatan Li Min Kulli Syarr.

doa hari arafah 7

Allahummagfirlana Wa Liwadidiina Wa Zurriyyaatina Wa Ikhwaanina Wal-Muslimaati Ajma’ain Birahmatika Ya Arhamar-raahimin, Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wa Sohbihi Ajma’in Wal-hamdulillahi Rabbil-‘Aalamin.

Maksud bagi doa hari Arafah di atas adalah seperti berikut:

“Segala puji-pujian adalah milik Allah yang memerintah sekalian alam, dengan satu pujian yang sentiasa menepati nikmat-nikmatNya dan mencukupi segala tambahannya, wahai Tuhanku hanya bagiMu segala puji-pujian sebagaimana selayaknya dengan keagungan Zat-Mu dan keunggulan pemerintahanMu. Ya Allah cucurlah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta berikanlah kami taubat nasuha (taubat yang sebenar). Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami, kerana itu anugerahkanlah kami suatu keistiqamahan.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebaikan, kebaikan yang sepatutnya segera aku terima atau pun yang tertangguh, kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku tahu, Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan sebagaimana apa yang telah dipohon oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, aku juga berlindung kepadaMu dari sebarang keburukan sebagaimana yang dimintakan perlindungan kepadaMu oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, Ya Allah aku memohon syurga kepadaMu dan apa-apa yang boleh mendekatkan kepadanya, sama ada berupa ucapan ataupun perbuatan.

Aku juga berlindung kepadaMu dari api neraka dan apa sahaja yang boleh mendekatkan kepadanya sama berupa ucapan ataupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu supaya engkau menjadikan semua qada’ yang sudah Engkau tetapkan kepadaku itu sebagai ketetapan yang baik belaka.

Ya Allah pindahkanlah aku dari maksiat yang hina kepada ketaatan yang terpuji. Anugerahkanlah aku rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari rezeki yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari yang selain Engkau. Terangilah hatiku dan kuburku, peliharalah aku dari segala keburukan dan kumpulkanlah kepadaku semua kebaikan, sesungguhNya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk dan ketakwaan, keafiatan dan kekayaan, wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku meminta tolong, perelokkanlah segala keadaanku dan jangan biarkan aku bersendirian walaupun sekelip mata. Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan dan jauhkanlah kesusahan dari diriku. Jadikanlah aku sebagai orang yang sentiasa mentaatiMu selagi Engkau mengekalkan diriku. Ya Allah perelokkanlah bagiku agamaku yang menjadi peganganku dan juga baikkanlah duniaku yang di dalamnya aku menjalani kehidupan. Dan juga perelokkanlah akhirat yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah masa hayatku ini untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai kerehatan dari segala keburukan.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa zuriat kami, dosa saudara-saudara kami dan juga dosa orang-orang yang ghaib daripada kaum muslimin dan muslimat dengan berkat rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Semoga Allah memberi rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya semua.”


Kelebihan Doa Hari Arafah

kelebihan doa hari arafah

Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya.

Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud:

Demi fajar dan malam yang sepuluh.

(al-Fajr: 1-2)

Menurut Ibnu Kathir, yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijah.

Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”.

Riwayat Ahmad

Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji.

Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat.


Semoga panduan ini membantu anda.

Marilah kita merebut peluang ini agar kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.

Semoga bermanfaat!

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment