Doa Awal Tahun Hijrah 2022 (Rumi & Jawi)

Cover Doa Awal Tahun Cerdika
Cover Doa Awal Tahun Cerdika

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Senarai Kandungan

Hukum Membaca Doa Awal Tahun

Hukum membaca doa awal tahun

Hukum membaca doa awal tahun ialah Tidak Wajib, namun ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan.

Kerana Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Di sini kita akan berkongsi Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Islam.

Panduan ini ditulis secara lengkap dan tersusun.

Apa yang menarik:

Transliterasi doa awal tahun dalam RUMI juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan.

Kaifiat Doa Awal Tahun

kaifiat doa awal tahun

Sebelum kita membaca doa awal tahun sebaiknya kita membaca istighfar, sholawat dan ayat kursi. sebagai berikut.

  • Memabaca istighfar 11 kali

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ

Astaghfirullah ‘azhiim

Maksudnya: “Saya memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung”

  • Membaca sholawat nabi 11 kali

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma sholli ‘alaa sayyidinaa muhammad

Maksudnya: “Ya Allah semoga sholawat tetap kepada junjungan kami, Nabi Muhammad.”

  • Membaca ayat kursi 7 kali

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyụm, lā ta`khużuhụ sinatuw wa lā na`ụm,

لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

lahụ mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa’u ‘indahū illā bi`iżnih

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ

ya’lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭụna bisyaiim min ‘ilmihī illā bimā syā,

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

wasi’a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya`ụduhụ ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm

Maksudnya: “Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mulia, Yang Maha Tidur. Bagi-Nya segala sesuatu yang ada di langit dan segala sesuatu yang ada di bumi.

Tidak ada yang bisa bersyafaat dengan-Nya tanpa izin-Nya. Dia tahu apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak tahu apa-apa tentang pengetahuan-Nya kecuali apa yang Dia kehendaki.

Tempat duduknya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa sulit untuk menjaga mereka, dan Dia adalah Yang MahaTinggi, Yang Agung.”

Kemudian kita membaca doa Doa Awal Tahun Hijrah.

Doa Awal Tahun Hijrah

Amalan awal tahun hijrah atau Doa permulaan bulan tahun baru dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan Berkata;

“Telah amanlah anak Adam ini daripada goadaan pada tahun ini karena Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

(DIBACA 3KALI)

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun Hijrah Rumi

Berikut adalah doa awal tahun dalam rumi;

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu ‘Awwal

Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.

Ya Dzaljalaali Wal Ikram, Ya Arhamar-rohimiin, Rabbanaa Aatinaa Fiddunyaa Hasanatan Wafil Akhiroti Hasanatan Waqinaa ‘Azaabannar

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin.

Maksudnya:

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung.

Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.

Dan kami memohon pertolongan  untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan  kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.


Doa Awal Tahun 2022

Pergantian tahun menjadi saat yang terbaik untuk muhasabah dan refleksi diri terhadap apa yang sudah dilakukan serta apa yang akan dilakukan pada tahun berikutnya, termasuk dengan berdoa.

Berikut dikongsikan contoh bacaan doa awal tahun yang boleh dibacakan bersama.

Doa Awal Tahun 2022

Doa Awal Tahun 2022 1

Doa Awal Tahun Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu ‘Awwal

Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.

Ya Dzaljalaali Wal Ikram, Ya Arhamar-rohimiin, Rabbanaa Aatinaa Fiddunyaa Hasanatan Wafil Akhiroti Hasanatan Waqinaa ‘Azaabannar

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin.

Bacaan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib.


Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?

Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai doa awal tahun hijrah.

Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment