Cara Solat Taubat (Panduan Lengkap & Ringkas)

Cover Cara Solat Sunat Taubat Cerdika
Cover Cara Solat Sunat Taubat Cerdika

Solat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

Rasulullah SAW. telah bersabda: 

“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”

(HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Artikel ini adalah panduan lengkap untuk melakukan Solat Sunat Taubat

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Apa yang penting:

Panduan cara Solat Taubat ini juga dipermudahkan dengan ejaan Rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Waktu Solat Taubat

waktu solat taubat

Waktu sesuai solat taubat iaitu boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja, kecuali waktu yang diharamkan solat.

Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal (digalakkan) dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Cuma, apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.

Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.


Niat Solat Taubat

niat solat taubat

Niat Solat Taubat Nasuha adalah seperti berikut:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ushollii sunnatat taubati rok’ataini lillaahi ta’aalaa

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”


Cara Solat Taubat

cara solat sunat taubat

Bagaimana cara mengerjakan Solat Taubat?

Cara Solat Taubat ringkas dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan. Oleh itu, bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai.

Di bawah panduan melakukan solat sunat taubat secara langkah demi langkah:

Cara Solat Taubat Nasuha:

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat solat sunat taubat di dalam hati;

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

2. Membaca doa iftitah

3. Membaca surah Al-Fatihah

4. Dianjurkan membaca surah Al-Kafirun

5. Rukuk dan Iktidal

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Membaca surah Al-Fatihah

3. Dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas.

4. Rukuk dan Iktidal

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

bacaan tasboh 2

Laa ilaaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin 

Maksudnya: “Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang yang zalim.”

6. Duduk Tahiyyat Akhir

7. Memberi salam

8. Seusai memberi salam, lafazkan istighfar berulang kali dengan rasa menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan dan terimalah taubatku:

bacaan istighfar

Astagfirullah Hal ‘Azim Allazi Laa ilaaHa illa Huwalhayyu-Qoyyum Wa AtuuBu ilaih 

Maksudnya; “Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.”

Amalan ini sesuai dengan firman Allah:

Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui.

Surah Ali Imraan: 135

Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’, ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT

Iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.


Kelebihan Solat Taubat

kelebihan solat taubat

Antara kelebihan menunaikan solat sunat taubat adalah seperti berikut:

1. Dosa-dosa diampunkan oleh Allah SWT

2. Allah akan mempermudahkan urusan harian

3. Hidup akan menjadi lebih tenang

4. Mengelakkan daripada perlakuan dosa


Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

InsyaAllah, setiap dosa-dosa kita, kecil atau besar, pasti akan diampunkan oleh Allah.

Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat.

InsyaaAllah.

AL

Apa khabar? Aku AL, penulis website pro dalam bahasa, sains, matematik & tech. Suka sains trivia, kira matematik laju, pandai coding & buat website. Jom kongsi ilmu, have fun! 🤓

Related Post

Leave a Comment